Lirik Lagu Kita Manusia - Daiyan Trisha


Lirik Lagu Kita Manusia - Daiyan Trisha. Kita Manusia merupakan single terbaru Daiyan Trisha, seorang penulis lagu, penyanyi, pelakon & usahawan di bawah naungan Paranormal Records.

Lagu Kita Manusia bertujuan untuk menambahkan kesedaran terhadap isu kesihatan mental di Malaysia. Daiyan berhasrat agar orang ramai dapat memahami bahawa segala manusia menempuhi fasa kesedihan & kegagalan. Tidak salah untuk berasa sedih. Tapi lepas selesai sedih, tabahkanlah hati dan teruskan kehidupan dan inshaallah dengan bantuan kawan-kawan dan orang yang dikasihi, segala cabaran dapat ditempuhi.
Lagu : Omar K & Daiyan Trisha 
Lirik : Daiyan Trisha 
Penerbit : REPLAY Music 
Executive Producer : Melakaboy 
Bookings & Enquiry : info@paranormalrocks.asia 
Video Production : zalhilman@paranormal.com.my
Music Produced & Distributed by Paranormal Records 

Kita Manusia - Daiyan Trisha 
Nanti Akan Tiba Saatnya 
Kau Akan Sedar Dunia Tak Seindah Rupa 
Kadang Terluka Kadang Terasa 
Kita Semua Sama Saja
Walaupun Diri Ini Tidak Dihargai 
Ku Tahu Ku Masih Punyai Mimpi
Tak Kira Apa Saja 
Dugaan Yang Melanda 
Aku Kan Cuba 
Terus Mencuba
Tak Ada Yang Bisa 
Buatku Putus Asa 
Biar Mengalah 
Bukannya Lemah
Kan Kita Sedar Akhirnya 
Kita Manusia 
Kita Manusia
Nanti Akan Tiba Saatnya 
Kau Akan Sedar Dunia Banyak Tanda Tanya 
Ku Cuba Fahami 
Ku Terus Berdiri 
Dan Ku Pelajari
Walaupun Diri Ini Tidak Dihargai 
Ku Tahu Ku Masih Punyai Mimpi
Tak Kira Apa Saja 
Dugaan Yang Melanda 
Aku Kan Cuba 
Terus Mencuba
Tak Ada Yang Bisa 
Buatku Putus Asa 
Biar Mengalah 
Bukannya Lemah
Kan Kita Sedar Akhirnya 
Kita Manusia 
Kita Manusia 
Kita Manusia 
Kita Manusia
Tak Kira Apa Saja 
Dugaan Yang Melanda 
Aku Kan Cuba 
Terus Mencuba
Tak Ada Yang Bisa 
Buatku Putus Asa 
Biar Mengalah 
Bukannya Lemah
Kan Kita Sedar Akhirnya 
Kan Kita Sedar Akhirnya 
Kita Manusia 
Kita Manusia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lirik Lagu Senyum Lagi Lyrics - Qierra feat Mark Adam

Siti Nurhaliza - Seluruh Cinta feat (Cakra Khan)

Lirik Lagu Suara (Ku Berharap) - Hijau Daun